4 Tips Anak Suka Belajar Membaca Al-Quran

Bila baca Al-Quran, memang rasa seronok dan tenang sangat.

Tapi anak-anak liat nak baca. Selalu ponteng kelas mengaji.

Kalau dibiarkan, takut anak makin lama makin jauh dengan Al-Quran.

Dalam post ni, kami akan kongsikan tips bagaimana nak ajar anak baca Al-Quran dengan seronok.

1. Ruang
Ruang yang selesa sangat mempengaruhi anak kita untuk membaca Al-Quran.
Wujudkan satu bilik yang jauh dari televisyen dan radio. Tempatkan satu meja dan kerusi dalam bilik tersebut.
Ini akan membuatkan anak dapat membaca Al-Quran dengan tenang, tanpa gangguan suara daripada televisyen, gajet dan sebagainya.

2. Terjemahan
Bacakan terjemahan setiap baris pada anak. Sampaikan pada anak pengajaran dan kisah-kisah yang tertulis dengan cara bercerita supaya anak-anak rasa seronok dan nak tahu lagi dan lagi.
Ini bukan saja dapat membantu anak-anak memahami setiap baris ayat, tapi kita juga dapat sama-sama menghayati segala yang tertulis dalam Al-Quran.

3. Target
Letak target pada anak-anak untuk khatam Al-Quran dalam tempoh yang ditetapkan. Dan sediakan ganjaran yang membuatkan anak akan ternanti-nanti. Ini akan membuatkan anak-anak saling berlumba untuk khatam Al-Quran. Pada permulaan mungkin anak hanya membaca Al-Quran kerana ganjaran yang diterima daripada kita, tapi lama kelamaan anak sendiri akan merasa janggal jika sehari tidak membaca Al-Quran.

4. Ustaz / Ustazah
Ada sesetengah anak yang tak mahu belajar dengan ibu bapa mereka, tak fokus dan nak cepat habis. Jika keadaan ini berlaku, kita boleh cuba hantar anak ke tempat belajar agama berhampiran. Atau lebih mudah, boleh belajar dengan Medina yang mana ustaz dan ustazah akan datang ke rumah anda untuk mengajar. Hal ini lebih mudah terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja dan mempunyai masa yang sangat terhad.

Dalam post ini, anda dah tahu 4 tips bagaimana ajar anak baca Al-Quran dengan seronok.

Penting untuk kita didik anak sejak kecil untuk mencintai Al-Quran supaya menjadi pedoman hidup anak kelak.

Scroll to Top