5 Langkah Anda Boleh Buat Supaya Anak Anda Boleh Kuasai Subjek Matematik

Hati ni rasa risau dan tak senang bila tengok anak masih tak perform dalam subjek Matematik. Lagi-lagi bila subjek tu je yang tak boleh nak skor, subjek yang lain ok pulak. Anda mesti dah mula fikir apa anda boleh buat supaya keadaan ni tak jadi makin parah.

Ini saya kongsikan lima langkah yang anda mesti BACA & BUAT supaya anak anda akan kembali perform dalam Matematik.

1. Kenalpasti Masalah Sebenar

Pertama sekali anda kena kenalpasti samada anak anda benar-benar lemah subjek Matematik atau tidak.Maksud saya macam ni, boleh jadi punca anak anda skor markah yang rendah masa exam yang lepas bukan sebab dia lemah, tapi memang soalan-soalan waktu exam tu mengelirukan & betul-betul susah,

So, apa yang anda kena buat ialah bandingkan result anak anda dengan result kawan-kawannya. Jika majoriti mereka dapat markah lebih kurang sama, boleh jadi memang soalan exam tersebut susah. Atau anda boleh terus tanya cikgu Matematik anak anda, samada soalan exam tu susah atau biasa.

Satu lagi yang anda boleh buat ialah bandingkan dengan result anak anda sebelum sebelum ni. Kalau memang ada perubahan yang drastik, besar kemungkinan memang soalan exam yang susah.

Sebaliknya, jika result anak anda seorang sahaja yang tak skor, atau result exam anak anda memang ada pattern menurun dari exam-exam yg lepas, besar kemungkinan anak anda memang sedang struggle dengan subjek Matematik.

Cepat bantu dia, jangan biarkan masalah ini makin teruk.


2. Kenalpasti Punca Masalah

Selepas anda dah tahu memang anak anda lemah subjek Matematik, seterusnya anda kenalpasti pula punca kenapa anak anda lemah Matematik.

Caranya anda tanya sendiri anak anda dan dengar apa jawapan mereka. Boleh jadi puncanya sebab silibus yang susah dan dia tak dapat nak catch up.

Boleh jadi juga kerana dia sukar nak faham dengan cara cikgu ajar atau cikgu ajar cepat, tetapi anak anda pula jenis slow learner. Juga boleh jadi kerana anak anda sendiri jenis yang susah nak absorb subjek Matematik tetapi lebih perform dalam subjek bahasa.

Apa pun puncanya, anda masih boleh bantu anak anda dengan kenalpasti topik mana yang dia lemah.

Kebiasaannya, pelajar yang sukar nak skor Matematik ni, topik asas pun dia masih tak kuasai.Jadi, bila anda pastikan dia kuasai topik asas, pasti akan ada peningkatan.Itu membawa kita ke langkah seterusnya.

3. Kukuhkan Topik Asas

Berdasarkan pengalaman saya dalam industri tuisyen ini, jika murid tahun 4-6 masih tak dapat nak skor Matematik, biasanya kerana mereka masih lemah lima topik asas iaitu Tambah & Tolak, Darab & Bahagi, Pecahan, Perpuluhan, Peratus.

Apa yang anda boleh buat dengan anak anda, pastikan dia kuasai dulu topik-topik asas ni. Sebab topik-topik lain yang lebih advance memang akan ada topik-topik asas ni.
Ibaratnya macam mana kita nak belajar mengeja kalau ABC pun masih belum betul-betul kenal kan.

Macam mana nak pastikan anak anda kuasai topik asas ini ?Saya share di point berikutnya.

4. Kelas Tambahan / Tuisyen

Ingat objektif anda. Anda nak anak anda kuasai topik asas. Banyak cara yang anda boleh buat.Antaranya anda minta cikgu sekolah lebihkan tumpuan kepada anak anda (cara ini agak susah melainkan cikgu atau sekolah anak anda memang ada inisiatif nak buat kelas extra kepada pelajar lemah).

Atau anda sendiri ambil inisiatif untuk ajar anak anda. Cuma saya nasihatkan anda tengok semula silibus anak anda sebab silibus sekarang memang jauh beza dengan zaman kita belajar dulu. Anda boleh check silibus di website KPM atau dapatkan buku nota / rujukan terkini dari kedai-kedai buku.

Satu cara lagi yang lebih mudah ialah anda hantar ke kelas tuisyen.Atau jika anda ada bajet lebih untuk pendidikan anak-anak, saya cadangkan anda daftar kelas home tuition yang lebih berfokus & akan tumpu 100% kepada anak anda.

Tutor juga akan mengajar mengikut kepada pace anak anda. Slow learner akan diajar dengan cara khusus.

5. Ulang ! Ulang ! Ulang !

Akhir sekali, bila anak anda dah kuasai sesuatu topik, pastikan anak anda kerap buat latihan. Kerana untuk kuasai Matematik, tak ada pilihan lain selain kena banyak buat latihan.

Melalui latihan lah anak anda akan lebih faham satu-satu konsep Matematik. Anak anda juga akan mampu kenal pelbagai bentuk soalan sekaligus menjadikan dia terbiasa dengan soalan-soalan tersebut.

Akhir sekali, kalau anda ikut lima langkah yang saya kongsikan ini, InsyaAllah tahun 2020 nanti anda pasti boleh tengok peningkatan anak anda dalam subjek Matematik.

SELAMAT MENCUBA !

Scroll to Top