5 Tips Supaya Anak Rajin Mengulangkaji

Seronok kan bila tengok result anak orang lain cemerlang.

Tapi anak sendiri tak nak belajar. Lagi-lagi bila dekat rumah. Asyik tengok tv je.

Kalau dibiarkan, takut anak makin lama makin malas belajar. Akhirnya nanti, terus tertinggal kat belakang.

Dalam post ni, kami akan kongsikan 5 tips yang akan buat anak anda rajin ulangkaji.

1. DIY Ruang
Ruang yang selesa dapat pengaruhi minat untuk belajar.
Wujudkan mini library di rumah, atau tempatkan satu meja belajar dalam bilik anak. Decorate meja anak dengan kata-kata motivasi supaya anak rasa seronok dan tak pressure untuk belajar.
Bila tengok meja dah hias cantik-cantik, anak pun mesti rasa tak sabar nak belajar.

2. Rancang Pembelajaran
Rancang pembelajaran anak secara mingguan.
Tempoh masa pembelajaran jangan terlalu lama. Kalau terlalu lama, anak akan mula hilang fokus. Setiap minggu, pastikan anda sudah ada plan untuk ajar anak topik apa dan di akhir pembelajaran, anda boleh menilai sama ada pengajaran teknik ni berkesan atau tidak.
Ini secara tak lansung anda dapat pantau topik yang anak anda kurang mahir.

3. Penerimaan Anak
Setiap individu mempunyai tahap penerimaan dan pembelajaran yang berbeza.
Jadi anda perlu cuba pelbagai method untuk pastikan anak anda selesa dengan cara pembelajaran yang macam mana. Ada pelajar yang lebih selesa gunakan visual, dan ada juga yang lebih selesa dengan audio.
Jadikan setiap sesi pembelajaran menarik supaya anak rasa seronok bila belajar.

4. Pujian / Motivasi
Pujian sangat beri kesan pada setiap individu.
Bila anak berjaya capai sesuatu target, bagi pujian dan kata-kata semangat. Anda juga boleh beri apa-apa ganjaran sebagai hadiah. Tapi perlu diingat supaya jangan gunakan ganjaran sebagai ugutan untuk anak belajar.

5. Tutor
Ada sesetengah anak yang tak nak belajar dengan ibu bapa mereka, tak fokus dan nak cepat habis.
Kalau keadaan ni berlaku, anda boleh cuba hantar anak ke tempat tuisyen berhampiran. Atau lebih mudah, boleh belajar dengan Medina Home Tuition yang mana tutor sendiri akan datang ke rumah anda untuk mengajar.
Ini lebih mudah terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja dan mempunyai masa yang sangat terhad.

Dalam post ini, anda dah tahu 5 tips yang akan buat anak anda rajin ulangkaji.

Penting untuk anda gunakan salah satu tips di atas untuk elakkan anak tertekan belajar yang akhirnya menyebabkan anak semakin tertinggal pelajaran.

Scroll to Top